feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.


skyline_blue

Navigate

Story Author Tutorial Others

HELLO!!
WELCOME TO SKYLINE

NETWORK👇
 Facebook.
 Instgaram.
 Twitter

Blog Acheive



ShoutBox


Credits

> Basecode: Nadya.
> blogskin: me
Penyakit Kucing(sporo)


Assalamualaikum.. hai semua !! hari ni saye nak share tentang penyakit kucing.Penyakit ni susuah nk di ubati bile trkena pd kucing..namanya sporo penyakit ni penyakit berjangkit..kalau trkena pd kucing memg sangat teruk. So, kat bawah ni 👇ad soal jawab tntang penyakit sporo yg saye ambil dari page fb KPKM. Smoga soal jawab ni dpat memberi manfaat pd mereka yg ad kucing berpenyakit sporo

Soal Jawab Tentang Sporo Kucing
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Banyak soalan yang saya terima daripada artikel saya yang bertajuk 'Kucing Sporo'. Jadi, suka saya ringkaskan soal jawab itu dalam bentuk Q&A bagi menjimatkan masa pembaca mendapat jawapan 'straight forward'. Saya bukan doktor haiwan tapi pengalaman yang saya kongsikan ini adalah hasil nasihat seorang doktor haiwan yang banyak membantu saya.


Credit to Dr. Punitha D' Silva.


Q1 : Apakah itu sporo?
A1 : Sporo adalah ringkasan bagi nama Sporotrichosis iaitu sejenis penyakit kulit yang lambat sembuh akibat jangkitan kulat, bukan bakteria atau kuman.


Q2 : Bagaimana ia boleh menjangkiti haiwan?
A2 : Daripada tanah dan bergaduh dengan haiwan lain yang sudah ada sporo. Mungkin haiwan kita ada luka, jadi bila ia terdedah pada kulat tersebut, ia mudah terjangkit.


Q3 : Bolehkah ia menjangkiti manusia?
A3 : Boleh bagi manusia yang ada luka & tidak mencuci tangan selepas menguruskan luka haiwan yang dijangkiti itu.


Q4: Bagaimana ianya dikenali?
A4 : Apabila luka masih lagi basah selepas 3-4 hari dirawat dengan minyak gamat atau ubat luka khas haiwan atau antibiotik haiwan. Luka rupa seperti lekuk/ mangkuk/ kawah. Bawa jumpa doktor haiwan terlebih dahulu untuk mengesahkannya. Ada doktor yang ambil jalan mudah dengan suruh 'inject mati' sahaja haiwan itu. Jangan mudah pilih jalan itu. Ia boleh dirawat cuma ambil masa & perlu kesabaran yang tinggi.


Q5 : Di mana ia selalu menjangkiti?
A5 : Telinga, ekor, tapak kaki, hidung. Biasanya hidung, tandanya dengan bersin kuat sehingga berdarah & hidung tumbuh seperti jerawat, lubang hidung jadi sempit. Jika tidak dirawat, bengkak berupa jerawat itu boleh pecah & kesan luka itu akan menyebabkan batang hidungnya berlubang.


Q6 : Bagaimana cara merawatnya?
A6 : Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
Kedua - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor.
Ketiga - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.
Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan, bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih & biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut. Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.
Kelima - Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan. Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan
proses penyembuhan.


Q7 : Bagaimana nak beri makan ubat Sporanox?
A7 : Ini adalah Sporanox yang biasa saya gunakan. Ada juga rupa yang sama tapi jenama berlainan dan harga pun lebih murah daripada Sporanox. Saya pernah guna kedua-dua jenama ini tapi Sporanox lebih cepat berkesan. Buka sarung kapsul itu & tuangkan butiran Sporanox dalam sesudu besar makanan tin perisa tuna (soft food jenama apa-apa pun boleh). Kalau doktor haiwan kata, dos haiwan itu 1/2 kapsul, tuangkan separuh isi Sporanox dalam makanan. Baki disimpan untuk esok pula. Tin makanan lembut kucing dimasukkan dalam beg plastik kecil, ikat & disimpan dalam peti sejuk supaya tak cepat basi. Sporanox tak boleh larut dalam air.


Q8 : Boleh tak cuci luka haiwan guna dettol & iodin?
A8 : JANGAN! Ia 'tajam', boleh membunuh dan boleh memburukkan keadaan luka tersebut. Gunakan Povidon yang memang khas untuk cuci luka haiwan. Botol ini boleh dibeli di Guardian. Sebenarnya botol toner cuci muka. Jika luka sporo tu di bahagian mata atau berdekatan, tidak perlu dicuci dengan Povidon. Jika mahu dicuci dengan kapas yang dicelup dengan air suam juga memadai.


Q9 : Berapa lama nak bagi ubat Sporanox?
A9 : Bergantung pada tahap keseriusan luka tersebut tapi biasanya 10 hari pertama dah boleh nampak luka mula mengecut tapi jika tiada perubahan, tanya doktor anda, bolehkah dos Sporanox ditambahkan? Kalau boleh, gunakan dos yang baru pula. Teruskan bagi makan Sporanox, multi vitamin dan cuci luka seperti cara yang dinyatakan di atas sehingga kesan luka itu ditumbuhi bulu. Jika tidak, luka ini boleh berulang semula. Paling lama boleh ambil masa sehingga sebulan tapi kalau betul cara rawatannya, dosnya, 25 hari dah tumbuh bulu lebat di situ tapi sporo di hidung lama sikit sembuh sebab dalam hidung.


Maklumat terkini saya dapat daripada doktor haiwan, ada kes sporo yang memakan masa sehingga 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, harap pemilik kucing sporo bersabar, dan BERIKAN SPORONOX SETIAP HARI SEHINGGA IA BENAR-BENAR SEMBUH. Tercicir 1-2 hari pemberian sporonox boleh melambatkan proses penyembuhan.


Q10 : Mengapa haiwan/kucing saya cirit-birit bila makan Sporanox?
A10 : Cirit-birit itu mungkin kerana ia jilat ubat luka Povidon itu. Pakaikan kolar seperti gambar di atas pada kucing. Cuci kolar itu setiap hari sebab kadang-kala ia terlekat najis. Kalau kucing pandai buka kolar itu, ambil kain perca masuk pada ruang kecil macam lubang tali pinggang pada kolar itu & ikat longgar-longgar, jangan sampai tercekik pula, janji kucing tak boleh tanggalkan kolar tu dengan kaki dia.


Q11 : Perlukah letak ubat sapu atau bagi ubat lain-lain supaya cepat sembuh?
A11 : Setakat ini, saya hanya guna cara & ubat di atas sahaja. Alhamdulillah, lebih daripada 5 ekor kucing sudah sembuh. Jika luka tidak kering juga selepas 5 hari, cuba hentikan teknik cucian luka seperti yang saya nyatakan di atas & rawat kucing sporo dengan pemberian pil Sporonox & pemakanan multi vitamin sahaja.


Terkini, ada ubatan cecair yang direkomen oleh doktor haiwan dan boleh dibeli dari klinik haiwan. Gambar kotak ubat itu seperti di bawah dan cara penggunaannya seperti yang tertulis pada kotak iaitu 7 hari diberi makan ubat itu, 7 hari seterusnya berhenti dan 7 hari lagi selepas itu disambung semula. Dosnya adalah mengikut berat badan haiwan tersebut. Harga pula mungkin mengikut klinik yang menjualnya tetapi efeknya lebih cepat berbanding Sporonox & multivitamin mesti diberikan juga.


Q12 : Boleh bagi nasi campur ikan rebus tak pada kucing sporo?
A12 : Buat sementara waktu ini, berikan soft food perisa tuna (bila nak campur dengan Sporanox) dan biskut haiwan kerana makanan ini ada vitamin tambahan yang diperlukan untuk bantu proses
pemulihan. Jenama pula, jika yang murah, vitaminnya ada cuma kualiti vitamin yang digunakan kurang sikit berbanding vitamin dalam jenama premium.


Q13 : Multi vitamin yang macam mana nak bagi?
A13 : Ada jenis pil & cecair. Boleh beli di klinik haiwan atau pet shop tapi lebih baik yang direkomen oleh klinik haiwan kerana mereka lebih mahir. Kalau ada jenis pil, lagi bagus kerana bau multi vitamin ni haiwan tak suka.


Q14 : Apa kesan sampingan Sporanox?
A14 : Kalau diberi salah dos, boleh membahayakan nyawa haiwan kerana ia adalah ubat manusia. Kalau terkurang dos pula, ia tak akan memberi kesan pada luka tersebut. Sila rujuk doktor haiwan anda. Kalau ia tidur sahaja, ia perkara biasa bagi haiwan sakit. Nanti 3-4 hari kemudian, ia beransur kuat kembali, insyaAllah.


Menjaga haiwan sakit memang memerlukan komitmen yang tinggi, kesabaran dan pengorbanan dari segi wang dan masa. Jangan abaikan kesihatan kita pula bila sibuk jaga kesihatan kucing. :) Yang penting usaha + doa + yakin = insya Allah berjaya cuma lambat sikit la sebab ia sakit luar biasa.


Semoga dipermudahkan urusan para pencinta haiwan sekelian. Didoakan rezeki anda murah, disayangi Tuhan & luka haiwan kesayangan anda itu lekas sembuh. Hanya Tuhan sahaja yang membalas jasa baik anda pada haiwan tersebut.


Kalau anda penat atau sedih, ceritakan masalah anda kepada doktor haiwan atau mereka yang faham & sukakan haiwan kerana jika anda salah mengadu, anda hanya akan mendapat nasihat negatif sahaja daripada mereka & anda bertambah sedih.


Sekian. Mohon maaf dari saya pencinta kucing. :)
Sumber: E-Man Dhani
« Older posts |












CLICK HERE TO ENTER